Lebih 50 peratus pengundi selesai tunai tanggungjawab setakat 2 petang

LocalPolitics
1 Aug 2026 • 2:53 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lebih 50 peratus pengundi selesai tunai tanggungjawab setakat 2 petang

SEREMBAN: Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 sudah mencecah 51.58 peratus setakat pukul 2 petang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, seramai 443,461 daripada keseluruhan 859,760 pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Menanti merekodkan peratus keluar mengundi tertinggi iaitu 57.6 peratus, diikuti Senaling (57.2 peratus) dan Kota (56.2 peratus).

Sementara itu, DUN Lobak merekodkan peratus keluar mengundi terendah iaitu 44.6 peratus, diikuti Lukut (45.4 peratus) dan Mambau (46.1 peratus).

Sebagai perbandingan, pada PRN Negeri Sembilan Ke-15 pada 2023, peratus keluar mengundi setakat waktu sama ialah 48.82 peratus dengan 409,198 daripada 838,200 pengundi telah keluar mengundi. – UTUSAN

The post Lebih 50 peratus pengundi selesai tunai tanggungjawab setakat 2 petang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved