Lebih 7,000 hektar hutan simpan kekal Tasik Bera diteroka secara haram

LocalEnvironment
18 Sep 2026 • 2:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lebih 7,000 hektar hutan simpan kekal Tasik Bera diteroka secara haram

KUANTAN – Lebih 7,000 hektar kawasan Hutan Simpan Kekal Tasik Bera di Bera yang merupakan Tapak Lembap Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar) pertama negara dikenalpasti diteroka secara haram dengan tanaman sawit, getah, dan pelbagai tanaman kontan.

Ketua Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Saifullah Muhammad Ali berkata, susulan itu operasi penguatkuasaan bersepadu dilakukan bagi memastikan penerokaan haram terhadap kawasan itu dapat dibanteras.

“Satu tindakan penguatkuasaan bersepadu telah dilaksanakan di Hutan Simpan Kekal Tasik Bera bermula 14 September 2026 dengan kekuatan 160 anggota yang melibatkan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Jabatan Perhilitan Negeri Pahang, Pejabat Daerah dan Tanah Bera serta kita mendapatkan kawalan keselamatan daripada PDRM (Polis Diraja Malaysia) Daerah Bera dan Pasukan Gerakan Am Batalion 7.

“Selain itu, tindakan penguatkuasaan ini diambil kerana kami mengesyaki anggaran seluas 18,000 ekar (7,284 hektar) kawasan Hutan Simpan telah diteroka secara haram dengan tanaman sawit dan getah,”katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya mengesyaki terdapat dalang yang berselindung di sebalik nama Orang Asli untuk melakukan pencerobohan tanah secara haram di kawasan berkenaan.

Katanya, dalang berkenaan juga dilihat menggunakan isu tanah adat dan kawasan rayau Orang Asli bagi membuka tanah dengan sewenang-wenangnya.

“Ada sesetengah tempat yang kami pergi, perkampungan Orang Asli hanya ada enam rumah, tetapi kita boleh lihat penerokaan yang terjadi seluas seribu ekar. Adakah ini kita kira sebagai tanaman sara hidup?,”katanya.

Tambah beliau, operasi penguatkuasaan di kawasan itu akan diteruskan bagi melumpuhkan sindiket haram yang menceroboh dan menanam sawit dalam kawasan Hutan Simpan di negeri ini.- KOSMO! ONLINE

The post Lebih 7,000 hektar hutan simpan kekal Tasik Bera diteroka secara haram appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved