Lima Orang Asli ditahan dirikan halangan, provokasi di Hutan Ramsar

16 Sep 2026 • 10:43 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lima Orang Asli ditahan dirikan halangan, provokasi di Hutan Ramsar

BERA – Polis menahan lima individu dipercayai Orang Asli kerana mendirikan halangan dan melakukan provokasi terhadap pihak berkuasa yang sedang menjalankan tugas di Hutan Simpan Tapak Lembap Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar) Tasik Bera di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, lima individu terdiri daripada seorang lelaki dan empat wanita itu ditahan ketika operasi penguatkuasaan dilakukan kira-kira pukul 10 pagi.

“Kesemua suspek ditahan kerana bertindak menghalang pihak penguatkuasa daripada menjalankan operasi penguatkuasaan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.

“Kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Zulkiflee, operasi penguatkuasaan dilakukan oleh Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) bersama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Pejabat Daerah dan Tanah Bera, Ibu Pejabat polis Daerah Bera, Pasukan Gerakan Am dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita yang tidak sahih atau sebarang maklumat yang salah sehingga boleh menimbulkan salah faham serta mengganggu ketenteraman awam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Lima Orang Asli ditahan dirikan halangan, provokasi di Hutan Ramsar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved