Lima termasuk 4 wanita ditahan halang tugas penguat kuasa di hutan simpan

LocalEnvironment
16 Sep 2026 • 7:52 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lima termasuk 4 wanita ditahan halang tugas penguat kuasa di hutan simpan
Operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera yang didakwa dihalang sekumpulan individu pada Selasa. - Foto FB BOB MANOLAN MOHAMAD Gambar kecil: Zulkiflee

BERA - Lima individu termasuk empat wanita ditahan kerana bertindak menghalang tugas pihak berkuasa yang menjalankan operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera (Ramsar) di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, dalam operasi kira-kira jam 10 pagi itu, kumpulan terbabit telah mendirikan halangan dan membuat provokasi terhadap pasukan penguat kuasa yang menjalankan tugas.

Menurutnya, semua individu terlibat ditahan untuk siasatan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

"Operasi penguatkuasaan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 itu dijalankan penguat kuasa dari Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) bersama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).

"Turut serta dalam operasi itu penguat kuasa Pejabat Daerah dan Tanah Bera, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)," katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Zulkiflee berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan berita tidak sahih atau sebarang maklumat salah hingga menimbulkan salah faham dan menganggu ketenteraman awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved