RANAU: Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam menegaskan parti itu akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan parti-parti tempatan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menuntut hak negeri.
Katanya, langkah tersebut selaras dengan model politik di Sarawak apabila parti-parti tempatan bersatu di bawah satu gabungan kukuh iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS).
“Kita sering dengar netizen menyatakan Sabah perlu mencontohi Sarawak yang bersatu di bawah GPS.
“Inilah yang sedang diusahakan Sabah. Kita bergabung tenaga dengan parti-parti tempatan untuk menuntut hak negeri walaupun ada parti yang tidak menyumbangkan kerusi,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan tiga bahagian PBS iaitu Kundasang, Karanaan dan Paginatan (N.38) di Dewan Tokong Cina Ranau, di sini, Sabtu lalu.
Dr Joachim menegaskan sepanjang lima tahun lalu, PBS bersyukur dapat bekerjasama dengan parti-parti lain yang mempunyai matlamat serta perjuangan sama dalam menegakkan keadilan dan kepentingan negeri Sabah.
Mengulas persepsi bahawa PBS mahu bergerak sendirian, beliau menegaskan parti itu kini memilih untuk bekerjasama erat dengan GRS.
“Memang benar PBS dahulu pernah memerintah secara solo. Namun, situasi kini amat berbeza. PBS akan bekerjasama dengan semua parti tempatan dalam GRS.
“Lebih baik kita bersatu daripada berpecah. Perpecahan hanya membawa kerugian,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan serta tahniah kepada jawatankuasa penganjur dan tiga bahagian terlibat yang akan menghantar perwakilan ke kongres PBS akan datang.
Menurutnya, GRS berpotensi menjadi gabungan dominan di Sabah dan jika diberikan mandat sekali lagi, ia mampu meningkatkan hasil negeri serta memperkukuh pembangunan demi kesejahteraan rakyat.
Dr Joachim turut mengalu-alukan kehadiran rakan daripada parti gabungan yang hadir sebagai pemerhati, termasuk Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga Ketua Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir; Ketua Bahagian PGRS Paginatan, Datuk Amisah Yassin; dan Ketua Bahagian PGRS Kundasang, Johari @ Joe Haji Suhaimin.
Turut hadir, Timbalan Presiden Datuk Seri Jahid Jahim (Menteri Pembangunan Luar Bandar); Datuk Dr Yee Moh Chai; Setiausaha Agung yang juga Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Julita Majungki; Naib-Naib Presiden PBS, Datuk Hendrus Anding; Datuk Dr Christoper Mandut merangkap Ketua Pemuda PBS; Datuk Johnny Mositun; Datuk Arthur Sen merangkap Ketua Bahagian PBS Paginatan; Datuk Bernard Dalinting merangkap Ketua Bahagian PBS Karanaan; Ketua Pergerakan Wanita diwakili Timbalan Ketua Wanita, Rosnah Ullap; Bendahari Agung, Datuk Lu Kim Yen; semua Ahli Majlis Tertinggi (AMT); Pengerusi Bersama Majlis Tertinggi, Faustin Thomas (PBS Paginatan), Yubidi Gompoyo (PBS Kundasang) dan Marinus Danim (PBS Karanaan) serta Exco Wanita, Exco Pemuda dan Ketua Bahagian.