'Lebih baik hilang menteri sebegini daripada hilang atlet banyak jasa pada negara' - Akmal Saleh

PoliticsSports
30 Aug 2026 • 4:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Lebih baik hilang menteri sebegini daripada hilang atlet banyak jasa pada negara' - Akmal Saleh
Muhamad Akmal

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempertikaikan keupayaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) susulan pendedahan Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang tentang sikap institusi tersebut.

Muhamad Akmal berkata, sehebat mana seseorang atlet tetapi jika pengurusan lembab dan tidak kompeten,maka ia akan merugikan aset sukan negara.

"Sampai atlet sendiri kena tulis surat panjang berjela baru MSN berikan jawapan.

"Lebih baik kita hilang menteri sebegini daripada kita hilang atlet kita yang banyak jasanya pada negara," ujarnya menerusi hantaran Facebook pada Ahad.

Sebelum ini, Azizulhasni menyifatkan KBS dan MSN kurang profesional dan kurang cekap apabila mengambil masa sehingga dua bulan lima hari untuk memberikan keputusan konkrit mengenai khidmatnya bagi misi kelayakan ke Sukan Olimpik LA28.

Dalam penjelasan sembilan muka surat di media sosial semalam, bekas juara dunia itu berkata, kelewatan itu menyukarkan perancangannya untuk menentukan hala tuju karier, termasuk persediaan menghadapi perlumbaan penting yang menawarkan mata kelayakan ke LA28.

Tambah Muhamad Akmal Saleh, jangan disebabkan ketidakupayaan menteri untuk mengurus menjadikan negara kehilangan lebih ramai atlet yang berbakat akhirnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved