Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Siapa yang tidak kenal dengan kedai serbaneka dari Jepun, FamilyMart? Bila sebut sahaja jenama ini, pasti sudah terbayang produk seperti Oden, aiskrim dan set bento yang memikat hati ramai.
Tanpa kita sedar, FamilyMart kini bakal masuk usia ke-10 sejak pembukaan francais pertamanya di Wisma Lim Foo Yong, Bukit Bintang pada 11 November 2016.
Cepat betul masa berlalu. Dah sedekad rupanya FamilyMart dibuka di Malaysia. Sepanjang tempoh ini juga, sebanyak 500 francais telah dibuka di pelbagai negeri.

Tempoh 10 tahun bukanlah satu masa yang singkat. Pasti ada yang membuatkan jenama ini istimewa di mata ramai sehingga ia boleh bertahan sehingga ke hari ini.
Setelah hampir satu dekad beroperasi, FamilyMart kini memperkenalkan konsep yang diperbaharui, Life is Good with FamilyMart yang berteraskan tiga tunjang utama iaitu Good Choices, Good Quality dan Good Moments.
FamilyMart Tampil Dengan Rangkaian Kopi Terbaharu
Bersempena ulang tahun ke-10, FamilyMart telah memperkenalkan rangkaian kopi baharu, Everyday Craft Coffee yang diinspirasi daripada seni kraf Jepun, Takumi yang menitikberatkan kemahiran, ketelitian serta perhatian dalam setiap perincian istimewa buat orang ramai khususnya coffee lover.
Bagi rangkaian kopi ini, FamilyMart menampilkan dua kopi terbaharu, Sumiyaki dan Kinu.
Pada pandangan kami, dua kopi ini sememangnya mempunyai identiti dan rasa uniknya yang tersendiri.
Sumiyaki sememangnya sesuai buat mereka yang gemarkan rasa kopi lebih kaw, lebih pekat dan beraroma.
Kinu pula rasanya lebih lembut dan seimbang malah ia lebih sempurna jika dinikmati bersama padanan susu khususnya bagi minuman latte.


Sempena pengenalan produk terbaharu ini, anda berpeluang menikmati kedua-duanya dengan harga pengenalan serendah RM0.99 sebelum dijual pada harga RM3.90.
Pilihan Kuah Oden Kini Jadi Lebih Banyak
Masih ingat lagi pada awal pembukaannya, kami sendiri tak sabar nak mencuba hidangan Oden yang menjadi antara menu signature FamilyMart malah sehingga hari ini FamilyMart jadi destinasi wajib singgah dan Oden dengan kuah tomyam masih menjadi menu favourite.
Seiring dengan ulang tahun ke-10 ini, FamilyMart turut menawarkan pelbagai pilihan sup untuk dinikmati bersama Oden yang pasti akan membuat ramai teruja untuk mencuba.

Pilihan pun sudah jadi lebih banyak. Yang pedas, tak pedas, semuanya ada dan sesuai mengikut selera individu.
Malah kami sendiri berpeluang menikmati kesemua hidangan pilihan sup yang terdiri daripada:
- Creamy Mala
- Laksa Kahwin
- Classic Fishball
- Sukiyaki

Bagi kami, semua sup yang dihidangkan sememangnya mempunyai keunikan tersendiri dan kena dengan citarasa.
Jika diberi pilihan antara keempat-empat ini, kami lebih suka hidangan Creamy Mala.
Rasanya mengingatkan kami kepada Tomyam namun apa yang membezakan adalah ianya lebih pedas, lebih berlemak dan tidak masam.
Namun, kuah sup Tomyam tetap menjadi pilihan utama

Aiskrim FamilyMart Masih Buat Orang Ramai Teruja Untuk Beli
Bukan hanya sekadar Oden dan kopi sahaja, aiskrim juga menjadi antara menu wajib beli setiap kali berkunjung ke FamilyMart.
Sudahlah harganya mampu beli, rasanya pula tidak pernah mengecewakan.
Apatah lagi FamilyMart sentiasa memperkenalkan perisa baharu yang membuatkan ramai teruja untuk mencuba.
Sempena ulang tahun yang ke-10 ini, FamilyMart mengembalikan nostalgia dengan membawa kembali perisa Vanilla Blue Sea Salt Sofuto.
Menariknya, kali ini ia didatangkan dengan popping candy yang menyerlahkan lagi rasa aiskrim ini.
Malah, jenama ini turut memperkenalkan menu aiskrim yang baharu, Brown Sugar Sofuto yang mengingatkan kami kepada teh boba namun dalam versi aiskrim.

Dari Sarapan Sehingga Ke Barangan Harian, FamilyMart Jadi ‘Penyelamat’ Dari Kesibukan Harian
Bagi kami, FamilyMart lebih dari sekadar kedai serbaneka dan menjadi ‘penyelamat’ ketika menjalani kesibukan harian. Kenapa?
Ini kerana produk makanannya sejak dari dahulu lagi bersifat sedia untuk dimakan (ready-to-eat) dan amat memudahkan lebih-lebih lagi buat mereka yang sibuk.

Jadi konsep ini memperkukuh nilai teras FamilyMart yang sudah sekian lama dipercayai rakyat Malaysia dek kerana kesegaran dan kualiti produk, selain mudah dinikmati dan dijamin halal.
Dari menu sarapan sehinggalah ke barang keperluan harian, FamilyMart sentiasa jadi destinasi pilihan.
Seiring dengan peredaran masa, kami merasakan jenama ini turut mengalami perubahan. Pilihan pun sudah jadi bertambah banyak.
Antara perkara yang membuatkan kami rasa ‘wow’ sepanjang satu dekad FamilyMart di Malaysia adalah tawaran rangkaian makanan sihat serta variasi hidangan bermula dari sarapan sehingga ke makanan lewat malam dan hidangan manis.
Lebih mengagumkan, jenama ini juga telah memperkenalkan mesin layan diri (vending machine) yang disediakan di sesetengah lokasi bagi memudahkan pelanggan untuk mendapat barangan dengan lebih mudah.

Dari tujuan asal mahu membeli satu barang, kami boleh pulang dengan membawa pelbagai barang yang sebenarnya tiada pun dalam senarai!
Kami yakin anda pun macam kami juga
Apa yang kami lihat, kesemua produk FamilyMart sepanjang satu dekad ini sememangnya kena dengan prinsip yang dibawa oleh jenama itu, Good Choices, Good Quality dan Good Moment.
Pada awal kemunculannya, mungkin ramai yang hanya mengenali FamilyMart kerana dua menu hebat iaitu Oden dan Aiskrim.
Namun, banyak yang telah berubah sepanjang 10 tahun jenama ini bertapak di Malaysia.

Seiring dengan peredaran masa, pilihan barangan menjadi semakin menarik.
Kami yakin ini menjadi antara sebab jenama FamilyMart masih bertahan dan kukuh sehingga kini.

Boleh Lihat & Cuba Sendiri Konsep Baharu FamilyMart Di Sunway Pyramid
Buat anda khususnya peminat FamilyMart atau FAM yang mahu melihat sendiri konsep terbaharu FamilyMart, anda boleh datang ke Orange Concourse, Sunway Pyramid bermula 5 sehingga 9 November ini sempena ulang tahun ke-10 mereka.
Pelbagai tawaran dan aktiviti menarik menanti pengunjung. Kami pun seronok sepanjang berada di sini, banyak aktiviti yang kami sertai sekali gus tidak pulang dengan tangan kosong.

Rasai Sendiri Konsep Baharu FamilyMart Di Outlet Berhampiran
Kalau tak sempat untuk merasai sendiri konsep terbaharu dari FamilyMart pada hujung minggu ini, jangan risau anda boleh sahaja datang sendiri ke cawangan berhampiran kerana semuanya sudah tersedia.
Oh ya jangan lupa untuk muat turun aplikasi MY FamilyMart!
Ini kerana ahli MY FamilyMart bakal menikmati tawaran istimewa antaranya seperti berpeluang membuat pembelian dan memiliki koleksi FAMIMA by NIGO dan Famibara di Mini Store secara eksklusif di acara ini sebelum mula dijual kepada orang ramai bermula Disember depan.

Ada payung, baju, stokin, keychain (rantai kunci), tuala kecil Imabari, cawan serta barangan koleksi untuk kanak-kanak dan banyak lagi.

Tawaran Istimewa Menanti Ahli FamilyMart
Sempena ulang tahun FamilyMart yang ke-10, pengguna yang merupakan ahli berpeluang menikmati tawaran dan ganjaran istimewa.
Antaranya seperti kombo ulang tahun RM10 yang menampilkan kerepek dan teh FamilyMart Collection serta tawaran hebat yang lain.
Pengguna baharu yang memuat turun aplikasi MY FamilyMart juga akan menerima pek e-baucar alu-aluan bernilai RM100, manakala ahli sedia ada boleh menikmati promosi eksklusif sempena Hari Ahli (Member Day) pada 10 dan 11 November 2026, termasuk tawaran istimewa bermula serendah RM0.10
Bagaimana nak jadi ahli? Anda boleh muat turun aplikasi MY FamilyMart menerusi pautan di bawah:
Buat pengguna Android, muat turun [DI SINI]
Buat Pengguna Apple, [DI SINI]






