
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Xiaomi Malaysia hari ini (29 Mei) secara rasmi melancarkan model Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro.
Buat pertama kalinya untuk Siri T, dua model terbaharu ini tampil dengan saiz berbeza. Selain itu kedua-kedua peranti turut dilengkapi kamera telefoto 5x Leica, display penjagaan mata, dan bateri besar yang tahan lama. Pendek kata, ini bukan sekadar upgrade biasa.
Kamera jadi sandaran utama
Bagi Siri T terbaharu ini, sistem kameranya menjadi fokus utama di mana kedua-dua model menggunakan sensor 50MP, namun ada perbezaan dari segi saiz iaitu Xiaomi 17T Pro mendapat sensor lebih besar iaitu 1/1.31-inci, manakala Xiaomi 17T menggunakan sensor 1/1.55-inci.
Kedua-duanya memakai kanta Leica Summilux dengan struktur hibrid 1G + 6P, struktur sama seperti yang biasa kita jumpa pada kamera profesional sekaligus dapat merakam perincian (detail) halus dengan lebih jelas.
Tapi apa yang lebih menarik pada BuzzKini adalah kamera telefoto 5x Leica pada kedua-dua model!
Kamera telefoto ini boleh merakam gambar 50MP dengan OIS, dari jarak sedekat 30cm untuk macro, sampailah zum optik 10x dan AI Ultra Zoom hingga 120x.
Diringkaskan, nak tangkap bunga kecil ke, nak zoom pentas konsert ke, semuanya boleh!
Untuk video pula, Xiaomi 17T Pro turut mencipta kelainan apabila model ini buat kali pertama tersedia dengan ciri rakaman sinematik 4K 60fps, lengkap dengan bokeh latar belakang yang nampak natural.
Seain itu, ada juga mod Stage yang membantu menangkap gambar dan video dalam situasi pencahayaan yang “tricky”, contohnya seperti konsert atau persembahan malam.
Xiaomi 17T Series turut hadir dengan ciri baharu, Leica Live Moment. Ia bukan sekadar menangkap satu gambar statik, tapi turut merakam pergerakan dan ekspresi sebelum dan selepas saat tersebut. Ia boleh digunakan untuk semua kamera belakang, jadi tak kisah kalau korang guna wide ke telefoto ke, feel dia tetap konsisten.
Fungsi ini juga tersedia untuk foto potret, tapi ia dinamakan Leica Live Portret.
Untuk pengguna Xiaomi 17T Pro pula, model ini juga mempunyai ciri Live Cinematography yang membolehkan korang shoot Leica Live Moment dalam resolusi Ultra-HD 4K, dengan kesan zoom yang lancar melalui mod Freestyle atau Portrait Live Cinematography.
Display cantik!

Satu lagi kelebihan Xiaomi 17T Series adalah display perantinya yang cantik. Ia menggunakan display AMOLED 1.5K dengan kecerahan puncak 3,500 nit, membuatkan skrin kekal terang dan jelas walaupun ketika berada di luar pada waktu tengah hari.
Buat mereka yang tak suka tengok skrin telefon pada waktu malam pula kerana masalah silau, jangan risaau, kerana Xiaomi 17T Pro boleh menurunkan kecerahan nit sehingga 1 nit. Barulah tak silau!
Bagaimana dengan refresh rate? Xiaomi 17T Pro boleh mencapai 144Hz, manakala Xiaomi 17T pula 120Hz. Boleh dikatakan aktiviti scrolling atau bermain game memang terasa smooth!
Yang lebih menarik, Xiaomi 17T Series menjadi telefon pertama keluaran Xiaomi yang mendapat pensijilan penjagaan mata kuadrupel daripada TÜV Rheinland, berserta pensijilan Intelligent Eye Care TÜV Rheinland pertama buat Xiaomi.
Teknologi display ini yang diberi nama Xiaomi Vision Care secara automatik akan menyesuaikan diri dengan cahaya sekeliling, mengawal blue light, flicker, dan motion blur supaya mata korang tak mudah penat walaupun digunakan lama.
Bateri berkapasiti besar, pemproses yang laju
Xiaomi 17T Pro hadir dengan bateri 7,000mAh, yang terbesar pernah ada dalam barisan Xiaomi Series untuk pasaran antarabangsa yang dijangka boleh bertahan purata 1.88 hari untuk pengguna biasa.
Ia juga menyokong wired HyperCharge 100W dan wireless HyperCharge 50W, jadi proses mengecas hanya mengambil masa yang sekejap sahaja.
Xiaomi 17T pula, walaupun dalam badan yang lebih kecil, tetap menggunakan bateri 6,500mAh, dengan wired HyperCharge 67W. Kedua-dua model juga serasi dengan charger pihak ketiga melalui sokongan PPS.
Untuk processor, Xiaomi 17T Pro menggunakan MediaTek Dimensity 9500 3nm, manakala Xiaomi 17T MediaTek Dimensity 8500-Ultra 4nm.
Kedua-duanya membawa peningkatan besar dalam CPU, GPU, dan AI performance, jadi gaming laju, multitasking pun tak tercungap. Untuk memastikan suhu kekal terkawal, ada sistem Xiaomi 3D IceLoop yang menggunakan pemisahan wap-cecair untuk menyerap haba daripada chipset dengan cepat, supaya telefon tak panas berlebihan walaupun digunakan lama.
Spesifikasi Xiaomi 17T Series
Xiaomi 17T Pro

Processor
- MediaTek Dimensity 9500 (3nm)
Display
- AMOLED 1.5K
- Kecerahan puncak 3,500 nit
- Kecerahan minimum 1 nit (hardware-level)
- Refresh rate 144Hz
- Bezel sekata 1.29mm (keempat-empat sisi)
Kamera
- Main: 50MP, sensor 1/1.31-inci, kanta Leica Summilux 1G+6P
- Telefoto: 50MP, 5x Leica, OIS, macro 30cm, zum optik 10x, AI Ultra Zoom 120x
- Video: 4K 60fps cinematic (pertama dalam Xiaomi Series)
Bateri
- 7,000mAh (terbesar dalam Xiaomi Series untuk pasaran antarabangsa)
- Wired HyperCharge 100W
- Wireless HyperCharge 50W
- Serasi charger pihak ketiga via PPS 100W
Xiaomi 17T

Processor
- MediaTek Dimensity 8500-Ultra (4nm)
Display
- AMOLED 1.5K
- Kecerahan puncak 3,500 nit
- Refresh rate 120Hz
- Reka bentuk compact, ringan
Kamera
- Main: 50MP, sensor 1/1.55-inci, kanta Leica Summilux 1G+6P
- Telefoto: 50MP, 5x Leica, OIS, macro 30cm, zum optik 10x, AI Ultra Zoom 120x
Bateri
- 6,500mAh
- Wired HyperCharge 67W
- Serasi charger pihak ketiga via PPS 50W
WARNA
Xiaomi 17T Pro tersedia dengan 3 warna pilihan:
- Deep Blue
- Deep Violet
- Black
Manakala Xiaomi 17T hadir dengan empat pilihan iaitu:
- Opal White
- Violet
- Blue
- Black
HARGA
Harga Xiaomi 17T Pro mengikut varian seperti di bawah:
- 12GB ROM + 1TB : RM3,499
- 12GB ROM + 512GB : RM3,199
- 12GB ROM + 256 GB: RM2,899
Berikut pula harga bagi Xiaomi 17T:
12GB ROM + 512GB : RM2,499

Nak Cuba Sendiri? Jom ke KL Festival 2026
Pameran A Visual Journey with Xiaomi 17T Series sempena KL Festival 2026 dibuka kepada orang ramai dari 30 Mei hingga 1 Jun 2026 di Federal Hall 1 & 2, Bangunan Sultan Abdul Samad.
View this post on Instagram
Apa kata singgah ke galeri foto eksklusif “The Decisive Moment” di Federal Hall 1, atau singgah di Rumah Malaysia Then & Now di Federal Hall 2 untuk tengok sendiri macam mana Xiaomi membayangkan kehidupan rumah pintar masa depan.

Ada juga gerai pengalaman di River of Life kalau nak cuba dan test terus Xiaomi 17T Series.
Lebih best lagi, Xiaomi turut menganjurkan sesi photowalk bersama jurugambar Yuji Haikal, peluang untuk belajar teknik fotografi kreatif sambil meneroka kawasan sekitar dengan Xiaomi 17T Series di tangan.





