‘Selamat datang ke keluarga kami, gembira untuk ayah’

7 Sep 2026 • 11:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Selamat datang ke keluarga kami, gembira untuk ayah’

PETALING JAYA – “Selamat datang ke keluarga kami, ayah. Kami sangat gembira untuk ayah.”

Demikian ucapan menantu kepada legenda bola sepak negara, Datuk Abdah Alif susulan perkahwinan baharu bapa mentuanya yang menjadi perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di Threads, wanita menggunakan nama akaun @efafatyhafadzir itu memuat naik gambar Abdah bersama isteri baharunya serta beberapa ahli keluarga ketika majlis perkahwinan pasangan tersebut.

Dalam gambar berkenaan, Abdah dan isteri baharunya kelihatan mengenakan persalinan serba putih sambil duduk di atas pelamin, ditemani anak lelaki Abdah bersama isterinya serta cucu-cucu legenda bola sepak itu.

Perkongsian tersebut sekali gus dilihat memberi gambaran bahawa perkahwinan Abdah bersama wanita pilihannya mendapat restu dan diterima baik ahli keluarga meskipun pasangan berkenaan mempunyai jurang usia yang agak besar.

Perkongsian tersebut turut mengundang perhatian pengguna media sosial yang tertanya-tanya mengenai hubungan wanita berkenaan dengan Abdah dan isteri baharunya.

“Siapa muda? Mak baru ke?” tanya seorang pengguna.

“Ya betul, Alhamdulillah, comel orangnya,” jawab wanita itu ringkas.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Abdah, 72, sah menamatkan zaman bujang selepas mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya pada 27 Ogos lalu.

Perkara itu disahkan rakannya yang juga Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim menerusi hantaran di Facebook.

Sebelum ini, tular sekeping gambar memaparkan Abdah bersama seorang wanita yang dipercayai pasangannya dengan kedua-duanya mengenakan pakaian sedondon berwarna putih sehingga menerima pelbagai reaksi serta ucapan tahniah daripada orang ramai. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Selamat datang ke keluarga kami, gembira untuk ayah’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved