Legenda bola sepak negara, Abdah Alif sah bergelar suami pada usia 72 tahun

7 Sep 2026 • 5:44 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Legenda bola sepak negara, Abdah Alif sah bergelar suami pada usia 72 tahun

KUALA LUMPUR – Pada usia 72 tahun, legenda bola sepak negara, Datuk Abdah Alif membuka lembaran baharu dalam kehidupan apabila sah mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya pada 27 Ogos lalu.

Perkhabaran mengenai pernikahan bekas pemain kebangsaan itu mencuri perhatian selepas sekeping gambar beliau bersama seorang wanita yang dipercayai pasangannya tersebar di media sosial.

Pengesahan mengenai perkahwinan Abdah dibuat rakannya yang juga Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim menerusi satu hantaran di Facebook.

“Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada sahabat saya, Dato’ Abdah yang telah menamatkan zaman bujangnya dengan pasangannya.

“Moga Allah SWT mengurniakan sakinah, mawaddah dan rahmah pada rumah tangga yang dibina,” katanya.

Terdahulu, gambar yang tular memaparkan Abdah bersama seorang wanita dengan kedua-duanya mengenakan pakaian sedondon berwarna putih.

Wanita berkenaan turut didakwa netizen berusia 20 tahun, namun setakat ini tiada pengesahan rasmi mengenai umur atau identitinya.

Perkhabaran tersebut pantas mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-rata menitipkan ucapan tahniah serta mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan.

Abdah merupakan antara nama yang dikenali dalam arena bola sepak negara dan berita perkahwinannya pada usia 72 tahun sekali gus membuka satu lagi episod baharu dalam kehidupan peribadinya.

The post Legenda bola sepak negara, Abdah Alif sah bergelar suami pada usia 72 tahun appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved