Lelaki 20-an direman enam hari kes pecah tabung masjid

9 Nov 2026 • 12:46 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki 20-an direman enam hari kes pecah tabung masjid

REMBAU – Lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an yang disyaki terlibat dalam kejadian pecah tiga tabung masjid di Kampung Seberang Batu Hampar di sini, direman selama enam hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Sara Afiqah Zulkipli di Mahkamah Majistret bagi membolehkan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut dijalankan.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Ngiam Ooi Ming berkata, suspek direman bermula 9 hingga 14 November ini selepas permohonan reman dibuat pihak polis di mahkamah kira-kira pukul 10 pagi.

Terdahulu, suspek ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau kira-kira pukul 2.20 petang semalam.

Ooi Ming dipetik berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.03 pagi semalam selepas tiga tabung masjid berkenaan didapati dipecah masuk.

Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku antara pukul 2 pagi hingga 4.30 pagi apabila suspek memasuki masjid dengan cara mengumpil pintu gelangsar di bahagian belakang.

Suspek kemudian dipercayai mengumpil serta memotong mangga pada tiga tabung masjid sebelum melarikan wang tunai dianggarkan berjumlah RM500. Suspek berjaya diberkas di sekitar kawasan Rembau hasil tindakan pantas polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki 20-an direman enam hari kes pecah tabung masjid appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved