Doktor swasta didenda RM10,000, gaji pekerja Pakistan tanpa permit

6 Nov 2026 • 3:18 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Doktor swasta didenda RM10,000, gaji pekerja Pakistan tanpa permit

JOHOR BAHRU: Seorang doktor klinik swasta didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini kerana menggajikan seorang pekerja lelaki warga Pakistan tanpa permit pekerjaan sah, bulan lalu.

Tertuduh, N. Vigneswaran, 44, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah dihadapan Majistret, Nur Zihan Abdul Rehman.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara lima bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa mengambil seorang pekerja lelaki warga Pakistan, Adnan Khan, 34, tanpa permit sah di sebuah klinik di Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram di sini kira-kira 1.44 pagi pada 18 Oktober lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di kamar berasingan, Majistret, Atifah Hazimah Wahab menjatuhkan hukuman denda RM10,000 selepas lelaki warga asing berkenaan mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa di negara ini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seri Alam di sini, pada tarikh dan masa sama.

Tertuduh bagaimanapun dihantar ke Penjara Kluang selepas gagal membayar denda berkenaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Deana Aqilah Aliman, Izdhiyah Zahirah Mohd. Ghazali dan Adilah Farzana Che Ad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.UTUSAN

The post Doktor swasta didenda RM10,000, gaji pekerja Pakistan tanpa permit appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved