Lelaki 24 tahun maut ketika mandi di Sungai Pertak

25 Sep 2026 • 9:14 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lelaki 24 tahun maut ketika mandi di Sungai Pertak

PETALING JAYA: Aktiviti mandi-manda di Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, Selangor bertukar tragedi apabila seorang lelaki berusia 24 tahun ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia, petang tadi.

Operasi menyelamat mangsa dilakukan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.13 petang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan pada waktu sama.

“Mangsa dipercayai mengalami kejadian lemas ketika melakukan aktiviti mandi-manda di kawasan air terjun berkenaan.

“Komander operasi memaklumkan seorang lelaki berusia 24 tahun dipercayai lemas ketika mandi-manda di Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu.

“Mangsa kemudian berjaya dibawa keluar oleh anggota bomba dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan untuk pemeriksaan selepas berjaya dibawa naik dari kawasan air terjun.

Bagaimanapun, pemeriksaan oleh petugas Kementerian Kesihatan mendapati mangsa telah meninggal dunia.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya.-UTUSAN

The post Lelaki 24 tahun maut ketika mandi di Sungai Pertak appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved