Lelaki maut di Air Terjun Sungai Pertak

25 Sep 2026 • 8:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki maut di Air Terjun Sungai Pertak

HULU SELANGOR – Seorang lelaki berusia 24 tahun maut selepas dipercayai lemas ketika mandi-manda di Air Terjun Sungai Pertak, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.13 petang itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 6.13 petang.

“Komander operasi melaporkan terdapat seorang lelaki berusia 24 tahun lemas ketika melakukan aktiviti mandi-manda di Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu.

“Mangsa berjaya dibawa naik oleh anggota bomba dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya diperiksa oleh petugas Kementerian Kesihatan sebelum disahkan meninggal dunia.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki maut di Air Terjun Sungai Pertak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved