Lelaki Australia Dakwa Terdesak, Didenda RM100 ‘Buang Air’ Di Tiang Parkir Kereta

Entertainment
22 Nov 2023 • 5:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, tular mengenai kejadian memaparkan seorang lelaki yang selamba membuang air kecil di tiang pekarangan parkir sebuah pasar raya di Subang Jaya.

Suspek yang melakukan tindakan tidak senonoh dan mengundang kemarahan orang ramai itu telah ditahan pihak polis, semalam.

Terbaharu, tertuduh yang merupakan lelaki warganegara Australia didenda RM100 selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu pada 16 November lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah berkelakuan kurang sopan dengan cara membuang air kecil di tempat awam pada 10.51 malam.

Justeru, tertuduh yang tiba dari Australia untuk menziarahi saudaranya itu didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM100.

Peguam tertuduh, R Morhaneraj memaklumkan bahawa tertuduh terdesak untuk membuang air kecil di kawasan parkir kenderaan kerana tidak dapat menahan untuk pergi ke tandas ketika kejadian.

image is not available

“Anak guam saya tidak menyedari kejadian tersebut dirakam. Bagaimanapun, tertuduh sudah mendapat pengajaran kejadian ini dan tidak akan mengulangi perkara itu di masa akan datang,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, memohon mahkamah mengenakan hukuman maksimum dan tertuduh juga perlu menjaga adab ketika berada di negara orang.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.