
SEREMBAN – Seorang lelaki warga Bangladesh berdepan tiga pertuduhan bunuh dan satu pertuduhan cubaan membunuh membabitkan empat lelaki senegara di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Md Idris Ali, 43, bagaimanapun tidak memahami pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan terhadapnya dalam Bahasa Melayu di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa membunuh Md Nozrul Islam, di lorong belakang sebuah rumah di Taman Linggi antara pukul 4 petang hingga 4.15 petang.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh masing-masing didakwa membunuh Mohasin dan Kiron Miah di sebuah ladang sawit di Sua Manggis, Linggi, antara pukul 3.30 petang hingga 3.45 petang.
Terdahulu di Hakim Tasnim Abu Bakar, tertuduh didakwa cuba membunuh seorang lagi lelaki warga Bangladesh sehingga menyebabkan kecederaan di sebuah rumah di Taman Linggi antara pukul 4 petang hingga 4.15 petang pada tarikh sama. Dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Kosmo 4 Ogos lalu melaporkan gara-gara dendam, tiga buruh ladang warga Bangladesh maut dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Linggi di sini semalam.
Md Idris Ali dihadapkan ke Mahkamah di Seremban, di sini, hari ini atas tiga pertuduhan bunuh dan satu pertuduhan cubaan membunuh membabitkan empat lelaki senegara di Linggi, Port Dickson, pada 3 Ogos lalu. – FOTO/ NOR AINNA HAMZAH
The post Lelaki Bangladesh didakwa bunuh tiga rakan senegara appeared first on Kosmo Digital.






