Penganggur mengaku bersalah tiga pertuduhan ‘sentuh’ anak tiri

12 Aug 2026 • 4:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penganggur mengaku bersalah tiga pertuduhan ‘sentuh’ anak tiri

KOTA BHARU – Seorang penggangur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya yang berusia 12 tahun di dalam sebuah rumah di Bachok, dekat sini, tiga tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 35 tahun membuat pengakuan itu selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan maksud seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun lapan bulan.

Perbuatan itu dilakukan di bilik pakaian belakang dan bilik utama sebuah rumah di Bachok dekat sini kira-kira pukul 2 petang hingga 3 petang pada pertengahan Mei 2023 dan kira-kira pukul 2 petang hingga 4 petang pada hujung Mei 2023.

Pertuduhan bagi ketiga-tiga kes itu dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyimie Rosli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 19 Ogos ini untuk serahan fakta kes dan prosiding jatuh hukum. – KOSMO! ONLINE

The post Penganggur mengaku bersalah tiga pertuduhan ‘sentuh’ anak tiri appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved