Tiga pengarah syarikat didakwa buat tuntutan palsu insentif Perkeso

LocalPolitics
12 Aug 2026 • 4:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiga pengarah syarikat didakwa buat tuntutan palsu insentif Perkeso

MELAKA – Tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan memberikan dokumen palsu bagi tuntutan insentif Program Daya Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), dua tahun lalu.

Tertuduh, Henry Ratnaike, 45; Koh Kai Loon, 40, dan Gan Pay Kiat, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh masing-masing didakwa memberikan kepada ejen Perkeso satu dokumen iaitu Borang Pengesahan Pekerja Daya Kerjaya 2.0 atas nama syarikat, bagi tujuan dilampirkan dalam permohonan tuntutan insentif di bawah Program Daya Kerjaya 2.0 Perkeso.

Kesemua tertuduh melakukan perbuatan itu dengan kepentingan dan mempunyai sebab untuk mempercayai mengandungi pernyataan palsu tentang butiran matan yang dimaksudkan untuk mengelirukan prinsipal ejen terbabit.

Henry yang merupakan Pengarah Syarikat Alpha Buildcon didakwa dengan empat pertuduhan di bawah kesalahan tersebut yang dilakukan di sebuah alamat di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, dalam daerah Melaka Tengah pada 10 Mei 2024.

Kai Loon, 40, yang merupakan pengarah syarikat PK Tan Auto and Car Repair pula berdepan satu pertuduhan yang dilakukan di Taman Kasawari Utama, Durian Tunggal dalam daerah Melaka pada 14 Jun 2024.

Sementara pengarah syarikat Prima Kerjaya Trading Gan, Pay Kiat, berdepan dua pertuduhan yang sama selepas didapati melakukan kesalahan di Jalan KPKS 3, Kompleks Perniagaan Kota Syahbandar pada 27 dan 31 Mei 2024.

Bagi kesalahan itu, ketiga-tiga tertuduh didakwa di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan yang palsu atau silap itu, jika dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Dalam prosiding sama, seorang jurujual, Ling Yate May, 58, berdepan empat pertuduhan bersubahat dengan Henry bagi melakukan kesalahan tersebut di Batu Berendam pada 10 Mei 2024 dan didakwa bawah Seksyen 28(1)(c) Akta 694, dibaca bersama seksyen 18 akta sama yang memperuntukkan hukuman sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Sharina Farhana Nor Sa’ari mencadangkan jaminan RM15,000 bagi setiap tertuduh berserta syarat tambahan iaitu pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat sebulan sekali sehingga kes selesai.

Dalam prosiding itu, hanya Henry diwakili Peguam F.B Eng.

Rohatul kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 ke atas Henry, Kai Loon (RM9,000), Pay Kiat (RM 13,000) dan Yate May (RM15,000) beserta syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwa. Beliau turut menetapkan tarikh 14 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

The post Tiga pengarah syarikat didakwa buat tuntutan palsu insentif Perkeso appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved