Lelaki Berang Golongan Pentingkan Diri, Mesin Basuh Di Dobi Penuh Campuran Detergent [Video]

6 Jun 2025 • 12:33 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Dobi layan diri kini menjadi antara kemudahan paling banyak digunakan, terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar atau kediaman tanpa mesin basuh sendiri. Namun, tidak semua pengguna prihatin tentang cara penggunaan yang betul.

Ada segelintir yang hanya mahu cepat dan mudah tanpa ambil peduli kesan terhadap pengguna lain. Kesilapan kecil seperti isi sabun di ruang yang salah pun boleh menjejaskan keseluruhan cucian.

Baru-baru ini, seorang lelaki meluahkan rasa ketidakpuasan apabila mendapati mesin yang ingin digunakan telah dicemari sisa sabun di semua ruang, tanpa ikut aturan yang sepatutnya.

Pengguna Tak Ikut Arahan, Semua Ruang Diisi Sabun Serbuk

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@siabamforklift), lelaki berkenaan menunjukkan situasi yang berlaku di sebuah dobi layan diri yang dikunjunginya.

Dalam video itu, dia menunjukkan mesin yang sepatutnya digunakan, namun terpaksa dibatalkan kerana semua ruang sabun telah diisi dengan detergent jenis serbuk.

Menurutnya, mesin tersebut telah jelas menandakan ruang-ruang khusus untuk sabun pencuci (detergent), pelembut (softener) dan peluntur (bleach).

Malangnya, kesemua ruang itu telah diisi dengan sabun serbuk yang sama, menyebabkan campuran yang tidak sepatutnya berlaku.

Tambahnya, tindakan seperti itulah yang menjejaskan kualiti bau cucian malah menyebabkan baju menjadi lebih kotor dan berbau apabila tidak dibilas sempurna.

“Guna la pewangi jenis apa pun, kalau sabun bercampur macam ni, memang takkan wangi dah,” luahnya kecewa.

Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Sokong Teguran, Dakwa Ramai Masih Anggap Mesin Dobi Bukan Tanggungjawab

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan sokongan terhadap teguran tersebut. Ramai mengakui bahawa masih ramai pengguna yang tidak peka atau tidak mahu ambil tahu tentang peraturan penggunaan dobi.

Ada yang menyatakan bahawa ini adalah mentaliti sesetengah pihak yang beranggapan bahawa mereka tidak perlu menjaga harta yang bukan milik peribadi.

image is not available
Sumber: TikTok (@siabamforklift)

image is not available
Sumber: TikTok (@siabamforklift)

image is not available

Malah, ada juga yang menyarankan supaya pihak dobi lebih kerap lakukan penyelenggaraan kerana mesin yang bercampur sabun dan berkerak akan rosakkan kualiti cucian.

image is not available
Sumber: TikTok (@siabamforklift)

Common Sense Guna Dobi Layan Diri, Jangan Ambil Mudah

image is not available
Sumber: Pexels

Walaupun kelihatan mudah, penggunaan dobi layan diri sebenarnya perlukan sedikit common sense dan sikap bertimbang rasa.

Ramai pengguna menganggap bahawa mesin ini boleh guna sesuka hati kerana bukan milik sendiri, sedangkan ia adalah kemudahan awam yang dikongsi ramai.

Kesalahan kecil seperti tuang sabun di ruang yang salah, tak lap tumpahan sabun, atau tinggalkan sampah dalam mesin boleh jejaskan pengalaman pengguna lain. Jadi penting untuk faham perkara asas sebelum gunakan mesin.

Berikut antara perkara asas yang patut dijadikan amalan bila guna dobi layan diri. Antaranya:

  • Baca Label & Arahan Pada Mesin
    Setiap mesin biasanya ada label dalam sekurang-kurangnya dua bahasa. Ambil masa 10 saat untuk baca dan faham sebelum tekan butang.
  • Gunakan Ruang Sabun Dengan Betul
    Ruang sabun biasanya dibahagi tiga iaitu detergent, softener dan bleach. Jangan campur semua dalam satu ruang.
  • Jangan Overload Mesin
    Masukkan pakaian ikut kapasiti yang disarankan. Mesin terlalu penuh takkan cuci bersih dan boleh rosakkan motor.
  • Lapor Jika Mesin Bermasalah
    Kalau nampak mesin tak berfungsi atau ada bau pelik, jangan terus guna. Hubungi nombor yang biasanya ditampal pada mesin.
  • Kemas Tempat Lepas Guna
    Lap tumpahan sabun atau kutip semula tisu dan sampah. Jangan biar tempat tu lebih kotor dari masa kita mula guna.
  • Hormati Masa Orang Lain
    Ambil baju tepat waktu. Jangan biar baju berjam dalam mesin. Ia ganggu giliran pengguna lain dan boleh cetus konflik.