Lelaki Berbangsa Cina Dapat ‘Surprise Birthday’ Dengan Kompang, Netizen Tak Anggap Ia Sensitif

Entertainment
11 Nov 2022 • 12:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Memandangkan negara Malaysia ini berbilang kaum, pastinya bermacam-macam jenis kebudayaan ada. Takkan ada perkara lain yang menunjukkan negara ini sebagai satu keharmonian jika tidak bersatu dan salah satu cara untuk mengamalkan sikap perpaduan itu adalah melihat kaum lain mencuba budaya kita.

Tular di Twitter sejak semalam berkenaan dengan satu video daripada sekumpulan individu berbangsa Cina membuat sambutan hari ulang tahun salah seorang rakannya.

 

Kumpulan kompang nyanyikan lagu hari jadi

Dalam video yang berdurasi 2 minit 8 saat itu memperlihatkan seorang lelaki pada mulanya terpinga-pinga apabila melihat kumpulan pemain kompang yang berbaju melayu lengkap tiba-tiba masuk ke sebuah premis.

Dia mula terkejut dan tersipu malu apabila kek tiba-tiba diletakkan didepannya sambil dinyanyikan lagu hari ulang tahun oleh pemain-pemain kompang tersebut.

Sejak semalam ia dimuat naik, video ini telah meraih lebih daripada 17K jumlah retweets dan ia mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang suka dan ada yang…

 

Anggap tak hormat budaya Melayu?

Segelintir netizen menyatakan kaedah yang dilakukan ini sangat tidak menghormati budaya melayu yang beragama Islam kerana membuat kejutan kepada orang lain sambil terpapar alkohol di hadapan mereka.

Bagaimanapun, kebanyakan netizen yang berbangsa melayu telah tampil membela mereka semua kerana kompang ini hanyalah budaya.

Bahkan, mereka sendiri begitu teruja apabila melihatnya serta menyatakan bahawa ia adalah satu idea yang baik untuk mereka pula ‘kenakan’ kawan mereka.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Alahai, min pun suka, memang tengok video ni nanti nak minta kawan lain payung duit bayar orang buat tarian singa tu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.