Lelaki berusia 19 tahun didakwa bunuh pelajar politeknik

12 Oct 2026 • 2:56 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki berusia 19 tahun didakwa bunuh pelajar politeknik

KUANTAN – Seorang lelaki berusia 19 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) pada 6 Oktober lalu.

Tertuduh F. Alan Stevekumar hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh M. Elisa Jonova, 19, di sebuah rumah di Jalan Air Putih 2, Taman Pauline Kuantan antara pukul 4.32 pagi hingga 4.55 pagi pada 6 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak boleh dijatuhi hukuman mati serta sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwa Raya Negeri Pahang, Mohd Sabri Othman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 12 November depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki berusia 19 tahun didakwa bunuh pelajar politeknik appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved