Lelaki 19 tahun didakwa bunuh pelajar Polisas

12 Oct 2026 • 10:51 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki 19 tahun didakwa bunuh pelajar Polisas
Alan Stevekumar (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuantan pada Isnin selepas didakwa atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Polisas di sebuah rumah pada 6 Oktober lalu.

KUANTAN – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan pada Isnin atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di sebuah rumah di Jalan Air Putih 2, di sini pada 6 Oktober lalu.

Tertuduh, F Alan Stevekumar,19, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan, namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan niat melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian, M Elisa Jonova,19.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan olehnya di sebuah rumah di Jalan Air Putih 2, di sini, antara jam 4.32 hingga 4.55 pagi pada 6 Oktober lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau dipenjara antara 30 hingga 40 tahun dan, jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Pahang, Mohd Sabri Othman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 November depan untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, media laporkan pelajar perempuan berkenaan ditemui meninggal dunia dipercayai dibunuh teman lelakinya dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Air Putih, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima laporan daripada suspek yang memaklumkan berlaku pergaduhan antara dia dengan teman wanitanya

Susulan itu, polis menahan lelaki itu di lokasi kejadian dan direman untuk siasatan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved