
KOTA BHARU – Selepas enam bulan, seorang guru Pendidikan Islam yang dipercayai tertekan pedal minyak sebelum merempuh pelajar hingga maut di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini akan didakwa di mahkamah esok.
Pendakwaan terhadap wanita berusia 57 tahun itu akan dibuat di Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini selepas insiden tersebut berlaku pada April lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat mengesahkan guru wanita itu akan berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dan Seksyen 336 kanun sama iaitu menyebabkan kecederaan.
Kosmo! sebelum ini melaporkan luluh hati seorang bapa melihat anaknya tidak bernyawa di dalam surau selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda HR-V di dalam kawasan sekolah pada 12 April lalu.
Dalam kejadian pada pukul 1.50 tengah hari itu, mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd. Azaudin, 13, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah pada bahagian kepala. – KOSMO! ONLINE
The post Ustazah rempuh pelajar depan surau didakwa esok appeared first on Kosmo Online.






