Pengurus syarikat ditahan kemuka butiran palsu RM200 juta

LocalBusiness & Finance
1 Oct 2026 • 5:29 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pengurus syarikat ditahan kemuka butiran palsu RM200 juta

PUTRAJAYA – Seorang pengurus syarikat sebuah agensi perkhidmatan kewangan dan korporat ditahan selepas disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi mendapatkan pengurangan cukai berjumlah RM200 juta.

Lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an dibenarkan direman selama tiga hari sehingga 3 Oktober ini selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.

Suspek ditahan kira-kira pukul 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara 2018 dan 2026.

“Suspek juga dipercayai memberi rasuah kepada pegawai sebuah agensi penguat kuasa selain memanipulasi kira-kira 480 akaun syarikat dengan menggunakan dokumen palsu.

“Perbuatan itu bagi mendapatkan pengurangan cukai di samping mengumpul kekayaan melalui aktiviti tersebut,” katanya hari ini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd. Halim Aman mengesahkan penahanan tersebut dan memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

The post Pengurus syarikat ditahan kemuka butiran palsu RM200 juta appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved