9 Orang Asli ditahan melombong emas dalam Hutan Simpan

1 Oct 2026 • 3:50 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 9 Orang Asli ditahan melombong emas dalam Hutan Simpan

ROMPIN – Sembilan individu Orang Asli ditahan kerana disyaki melakukan perlombongan emas secara harap di Kompartmen 152 dan 153 Hutan Simpan Bukit Ibam di sini semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, tangkapan melibatkan tujuh lelaki dan dua wanita itu dilakukan dalam serbuan yang dilakukan hasil aduan awam.

“Pemeriksaan di lapangan menemukan beberapa lubang yang dipercayai digali bagi tujuan mendapatkan emas dengan kedalaman dianggarkan antara dua hingga tiga meter menggunakan peralatan seperti cangkul.

“Beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dalam aktiviti berkenaan turut disita, antaranya cangkul, mesin pam air yang telah diubah suai serta kuali dan pasukan turut mengambil koordinat lokasi lubang-lubang yang ditemukan bagi tujuan dokumentasi, pemetaan dan siasatan lanjut,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Rompin untuk siasatan lanjut oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 47 (1) Enakmen Perhutanan Negara 1986 kerana memasuki hutan tertutup tanpa kebenaran, Seksyen 81 (1) (e) Enakmen Perhutanan Negara kerana membersih atau membajak mana-mana tanah dalam hutan simpanan kekal untuk tanaman atau apa-apa maksud lain dan Seksyen 81 (1) (g) Enakmen Perhutanan Negara kerana menceroboh hutan simpanan kekal.

Beliau memberitahu berdasarkan semakan penguatkuasa di lapangan mendapati kawasan aktiviti perlombongan tanpa kebenaran itu berkeluasan kira-kira 1.62 hektar.

“Anggaran kerugian kawasan yang diceroboh tersebut bernilai lebih kurang RM24,300 dengan mengambil kira asas pemulihan kawasan hutan tersebut.

“Pejabat Hutan Daerah Rompin akan meneruskan pemantauan dan tindakan sewajarnya berdasarkan hasil siasatan serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post 9 Orang Asli ditahan melombong emas dalam Hutan Simpan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved