Lelaki cedera, restoran rosak akibat pergaduhan berkumpulan

16 Aug 2026 • 1:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki cedera, restoran rosak akibat pergaduhan berkumpulan

AMPANG – Seorang lelaki cedera di beberapa bahagian badan dalam kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki warg asing di sebuah restoran di Ampang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya telah mengesan kejadian tular itu didakwa berlaku sekitar pukul 11 malam tadi.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan berhubung pergaduhan yang melibatkan sekumpulan lelaki warga asing.

“Akibat kejadian itu, mangsa berusia 33 tahun mengalami cedera ringan di bahagian badan serta terdapat kerosakan harta benda di premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan, Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Terdahulu tular di media sosial, rakaman video memaparkan sekumpulan warga asing bergaduh di hadapan sebuah premis makanan. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki cedera, restoran rosak akibat pergaduhan berkumpulan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved