Pemilik ditahan selepas anjing serang lelaki hingga mati

16 Aug 2026 • 10:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pemilik ditahan selepas anjing serang lelaki hingga mati

LONDON: Seorang pemilik anjing ditahan kerana disyaki membunuh selepas haiwan peliharaannya dipercayai menyebabkan kematian seorang lelaki di laluan awam.

Lelaki berusia 55 tahun itu meninggal dunia selepas dilaporkan diserang oleh anjing yang tidak dapat dikawal di Wakefield, West Yorkshire, pada petang Sabtu.

Polis West Yorkshire berkata, kematian itu dipercayai berlaku susulan satu pergaduhan atau pertengkaran di kawasan Calder Grove, Wakefield, kira-kira jam 1.30 petang waktu tempatan.

Pihak berkuasa itu menerima laporan pada jam 1.36 petang waktu tempatan bahawa seorang lelaki telah digigit anjing tidak lama selepas berlaku pertengkaran di laluan pejalan kaki bekas landasan kereta api, berhampiran Blacker Lane.

Lelaki berusia 55 tahun itu dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal. Bagaimanapun, dia meninggal dunia tidak lama selepas jam 7 malam semalam.

Seorang lelaki berusia 55 tahun ditahan kerana disyaki membunuh dan memiliki anjing yang berbahaya dan tidak dapat dikawal di tempat awam sehingga menyebabkan kecederaan. Lelaki itu kini berada dalam tahanan polis.

Seekor anjing yang dipercayai merupakan haiwan yang terlibat dalam kejadian itu telah dirampas oleh polis. – AGENSI

The post Pemilik ditahan selepas anjing serang lelaki hingga mati appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved