Lelaki cedera selepas khemah jual mercun terbakar di Lenggong

27 Mar 2026 • 6:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

IPOH, 27 MAC: Seorang lelaki cedera selepas khemah menjual mercun musnah terbakar dalam kejadian di Dataran Lenggong di Lenggong, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.48 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar bergegas ke lokasi kejadian sejauh 42 kilometer.

"Kebakaran melibatkan empat khemah terbuka bersaiz 20 x 20 kaki persegi setiap satu musnah terbakar kira-kira 90 peratus dan melibatkan seorang mangsa berusia 34 tahun cedera," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada 3.56 petang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved