Orang masjid ‘join’ polis serbu pusat judi

13 Nov 2026 • 6:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Orang masjid ‘join’ polis serbu pusat judi

PETALING JAYA – Penduduk setempat termasuk wakil masjid turun padang membantu polis menyerbu sebuah premis yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian di Bandar Puteri Bangi, di sini, kira-kira pukul 11 malam tadi.

Operasi itu dilakukan susulan laporan polis dibuat Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP), Masjid Bandar Seri Putra dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Balai Polis Bangi selepas menerima aduan orang ramai mengenai kegiatan berkenaan.

Hasil serbuan, polis menahan sembilan individu selain merampas beberapa peralatan elektronik termasuk tablet yang dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian.

PPBSP menerusi Facebook memaklumkan, hasil perbualan dengan individu yang ditahan, pihaknya turut memperoleh maklumat mengenai beberapa lagi premis perjudian yang didakwa beroperasi di Taman Awani Bangi dan Bandar Bukit Mahkota.

Menurutnya, penduduk sekitar Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Avenue dan Bandar Puteri melahirkan kekecewaan apabila kegiatan berkenaan berlaku di kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Sehubungan itu, komuniti setempat menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi membanteras kegiatan perjudian, selain berikrar akan terus memantau premis di kawasan berkenaan.

“Kami akan memastikan tiada lagi premis perjudian beroperasi di sekitar kawasan kami dan terus memantau perkembangan kes ini sehingga pendakwaan di mahkamah,” menurut kenyataan itu.

PPBSP turut merakamkan penghargaan kepada anggota polis Balai Polis Bangi atas tindakan segera serta penduduk yang bersama-sama membantu operasi berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post Orang masjid ‘join’ polis serbu pusat judi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved