Lelaki cetus provokasi Hari Kebangsaan positif dadah

2 Sep 2026 • 1:37 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lelaki cetus provokasi Hari Kebangsaan positif dadah

PUTRAJAYA: Seorang lelaki direman kerana didakwa mencetuskan provokasi sehingga mencetuskan insiden tolak-menolak pada sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya Isnin lalu, didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, suspek berusia 30 tahun itu hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya kira-kira pukul 12.15 tengah malam tadi.

Menurut beliau, polis menerima lima laporan berkaitan kejadian provokasi yang berlaku ketika sambutan berkenaan, selain mengambil tujuh rakaman percakapan saksi.

“Hasil ujian air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) dibenarkan selama satu hari.

Terdahulu, seorang lelaki yang dipercayai membuat provokasi sehingga menyebabkan insiden tolak-menolak pada sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya Isnin lalu direman selama satu hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas permohonan dibuat polis pagi tadi.

Semalam, polis meminta lelaki tersebut hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed dilaporkan berkata, lelaki tersebut diminta tampil selepas pihaknya menerima empat laporan polis berkaitan kejadian provokasi tersebut.

Lelaki itu didakwa merempuh dan menolak orang awam yang sedang menunggu pembukaan pagar kawasan tempat duduk sehingga berlaku insiden tolak-menolak dan menyebabkan beberapa individu terjatuh.

Katanya lagi, kes akan disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. – UTUSAN

The post Lelaki cetus provokasi Hari Kebangsaan positif dadah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved