Lelaki cetus provokasi sambutan Hari Kebangsaan dicari polis

2 Sep 2026 • 9:18 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Lelaki berbaju oren dipercayai cetus provokasi ketika sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya

Tular satu video memaparkan seorang lelaki dipercayai membuat provokasi dan mencetuskan kekecohan ketika sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya, Isnin lalu.

Susulan kejadian itu, empat laporan polis diterima berhubung tindakan lelaki terbabit yang dipercayai mengganggu ketenteraman ketika orang ramai sedang menunggu untuk memasuki kawasan tempat duduk awam.

Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya turut mengesan video berdurasi 2 minit 18 saat yang memaparkan seorang lelaki tempatan berbaju oren atau coklat dipercayai melakukan provokasi.

Menurutnya, berdasarkan video berkenaan, lelaki itu dipercayai merempuh dan menolak orang awam yang sedang menunggu pembukaan pagar kawasan tempat duduk.

“Tindakan itu menyebabkan berlaku tolak-menolak dan beberapa individu dilihat terjatuh,” katanya.

Baca juga:
@medialipatofficial

Kekecohan tercetus apabila orang ramai yang hadir perarakan Sambutan Hari Kebangsaan ke 69 di Putrajaya, meminta pihak berkuasa membuka pagar di waktu awal pagi.Namun kecekapan dan ketegasan petugas dapat menenangkan keadaan. #putrajaya #harikebangsaan

♬ bunyi asal – MEDIA LIPAT – MEDIA LIPAT

Aidi Sham berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika orang ramai mula berkumpul bagi menunggu pintu masuk ke tempat duduk awam dibuka.

Beliau berkata, polis kini sedang mengesan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sehubungan itu, polis meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan.

Polis pada masa sama menasihatkan lelaki yang dipaparkan dalam video tular itu supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro

The post Lelaki cetus provokasi sambutan Hari Kebangsaan dicari polis appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved