Lelaki cetus provokasi sambutan Hari Kebangsaan direman sehari

LocalPolitics
2 Sep 2026 • 11:58 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

tahanan

tahanan

PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang dipercayai membuat provokasi sehingga menyebabkan insiden tolak-menolak pada sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya Isnin lalu direman selama satu hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas permohonan dibuat polis pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed mengesahkan perintah reman itu ketika dihubungi.

“Suspek direman selama hari bermula hari ini,” katanya kepada media ketika dihubungi tadi.

Semalam, polis meminta individu tersebut hadir di Ibu Pejabat Polis Putrajaya bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki itu diminta tampil memberi keterengan berikutan pihaknya menerima empat laporan berkaitan kejadian provokasi tersebut.

Suspak didakwa merempuh dan menolak orang awam yang sedang menunggu pembukaan pagar tempat duduk sehingga berlaku tolak-menolak dan beberapa individu terjatuh.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. – UTUSAN

The post Lelaki cetus provokasi sambutan Hari Kebangsaan direman sehari appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved