Lelaki curi lori hijau direman tiga hari

1 Oct 2026 • 2:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki curi lori hijau direman tiga hari

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang disyaki melarikan lori berwarna hijau sebelum dikejar polis sejauh kira-kira 100 kilometer di Pasir Gudang semalam direman tiga hari bagi membantu siasatan.

Majistret Tan Chiew King membenarkan tempoh tahanan reman tersebut bermula hari ini sehingga Sabtu depan bagi membolehkan siasatan polis dijalankan ke atas suspek berusia 30-an.

Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah berbahaya dan Seksyen 15(1) akta sama kerana memasukkan dadah berbahaya dalam badan.

Semalam, Kosmo! melaporkan polis menahan suspek selepas mengejar suspek yang disyaki melarikan sebuah lori curi di Plentong di sini kira-kira pukul 7.20 pagi.

Suspek yang kemudiannya dikesan di kawasan perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang di sini bertindak melarikan diri dengan memandu lori berkenaan secara melulu dan merbahaya.

Suspek akhirnya berjaya ditahan di sekitar kawasan Pasir Gudang oleh sekumpulan anggota polis peronda selepas dikejar selama tiga jam dan sejauh kira-kira 100 kilometer.

Katanya, pemeriksaan lanjut terhadap suspek turut menemukan satu paket lutsinar yang mengandungi bahan disyaki dadah selain ujian saringan awal air kencingnya didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Hasil siasatan mendapati suspek memiliki 27 rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah.-KOSMO! ONLINE

The post Lelaki curi lori hijau direman tiga hari appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved