
LAHAD DATU: Polis sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Fattah Jalak (gambar) bagi membantu siasatan berkaitan kes dadah.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu Dzulbaharin Ismail berkata alamat terakhir lelaki itu adalah di Kampung Air, Blok B, Jalan Pantai.
Menurut beliau individu berkenaan dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Rahmat Saedin di talian 014-8851415 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di talian 089-881255 atau balai polis berhampiran.




