Lelaki dicekup, tak sempat edar 2,000 pil kuda kepada warga asing

29 Sep 2026 • 11:57 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki dicekup, tak sempat edar 2,000 pil kuda kepada warga asing

GUA MUSANG – Cubaan seorang lelaki untuk mengedar sebanyak 2,000 biji pil kuda bernilai RM30,000 kepada warga asing di Ampang, Selangor, gagal selepas dicekup di Kilometer 18, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, di sini, semalam.

Suspek berusia 49 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6 petang oleh sepasukan anggota unit kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang ketika sedang menjalankan sekatan pemeriksaan di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, suspek yang memandu sebuah kereta jenis Toyota Vios bertindak melarikan diri ketika tiba di sekatan tersebut sebelum berjaya diberkas anggota polis.

Katanya, pemeriksaan di dalam kereta itu membawa kepada penemuan sebanyak 2,000 biji pil kuda dengan anggaran berat 200 gram.

“Siasatan awal mendapati, suspek mengaku kesemua dadah tersebut miliknya dan mendakwa barangan terlarang itu diperoleh daripada seorang lelaki di Kota Bharu untuk dihantar ke Ampang.

“Kesemua dadah itu dipercayai untuk diedarkan kepada warga Myanmar dan Bangladesh di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Choon Foo memberitahu, ujian awal saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki dicekup, tak sempat edar 2,000 pil kuda kepada warga asing appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved