Lelaki didakwa cederakan kakak dibicara Mac

6 Oct 2023 • 4:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 31 tahun yang didakwa menyebabkan kecederaan parah kepada kakaknya, akan dibicarakan pada 18 hingga 19 Mac 2024.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menetapkan tarikh itu bagi Mohamad Firdaus Arbi apabila kesnya dikemukakan untuk sebutan bagi menetapkan tarikh perbicaraan.

Firdaus didakwa menyebabkan kecederaan parah kepada Jumat Arbi, 51, dengan sebilah pisau pada 6.30 petang 8 Mac 2022 di sebuah rumah di Kg Pasir Putih, Putatan.

Kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Sementara itu, seorang lelaki dipenjara lima tahun kerana mengambil syabu berulang kali.

Pang Tsin Wu mengaku bersalah mengambil dadah itu pada 24 Julai tahun ini selepas air kencingnya didapati positif dadah di balai polis di sini.

Dia mempunyai beberapa rekod sabitan kerana mengambil dadah.

Tiada sebatan dikenakan ke atas Pang kerana usianya yang melebihi 50 tahun.

Mahkamah memerintahkan Pang menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap.

Selepas hukuman penjaranya tamat, Pang diperintahkan diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.