Lelaki didakwa edar lebih 1.5kg dadah

28 Jul 2026 • 4:55 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Lelaki didakwa edar lebih 1.5kg dadah

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 36 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Isnin atas pertuduhan mengedar 1,579 gram dadah jenis 3,4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA).

Tiada pengakuan direkodkan daripada Adam Reno Nordeen selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Marilyn Kelvin.

Mengikut pertuduhan Adam didakwa mengedar dadah itu pada jam 9.45 malam, 10 Julai lalu di sebuah rumah di Lorong Kingfisher 3 Fasa 2A, Jalan SMC.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup serta minimum 15 sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan memohon tarikh sebutan baharu sementara menunggu laporan ahli kimia.

Pendakwaan turut memaklumkan tiada jaminan ditawarkan kerana pertuduhan itu tidak memperuntukkan ikat jamin.

Mahkamah menetapkan 14 September depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan ahli kimia dan memerintahkan tertuduh terus ditahan reman.

Dalam kes berasingan seorang jurujual berusia 35 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya.

Stanley Antonio didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya pada jam 1 pagi, 17 Julai lalu di sebuah apartmen di Bundusan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Seksyen 326A pula memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua kali ganda tempoh maksimum bagi kesalahan berkenaan.

Pendakwaan memohon tarikh pengurusan kes praperbicaraan serta menawarkan jaminan RM5,000 dengan dua penjamin selain syarat tertuduh tidak mengganggu pengadu dan saksi pendakwaan.

Peguam bela bertugas Lim Ming Zoong memohon jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan Stanley sudah berkahwin, mempunyai dua anak, bekerja sebagai jurujual dan menetap di Bundusan.

Mahkamah menetapkan 20 Ogos depan untuk pengurusan kes praperbicaraan dan membenarkan Stanley diikat jamin RM1,300 dengan dua penjamin tertakluk kepada syarat tambahan bahawa dia tidak mengganggu pengadu atau mana-mana saksi pendakwaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ronnie Anthony bersama Inspektor Yusdi Basri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved