Tujuh lelaki termasuk enam beradik didakwa edar heroin

28 Jul 2026 • 11:41 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tujuh lelaki termasuk enam beradik didakwa edar heroin

IPOH – Tujuh lelaki termasuk enam beradik berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Affandi Zulkafli, 41, bersama lima adiknya, Muhammad Khairul Azmil, 40, Shahrul Azwan, 38, Mohamad Shah Herman, 35, Muhamad Amirul, 29, dan Mohamad Hafizi, 27, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norizan Ridzuan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, enam beradik itu bersama seorang lagi lelaki mengedar heroin seberat 118.87 gram di sebuah pondok tidak bernombor bersebelahan sebuah rumah di Kampung Che Zainal Tambahan 1, Chemor, di sini pada pukul 9.20 malam, 21 Julai lalu.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup. Jika tidak dihukum mati, mereka boleh dihukum tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zarris Sofea Zainudin, manakala kesemua tertuduh yang juga penganggur tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 22 Oktober ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Mahkamah turut menetapkan pertuduhan terhadap Mohd. Ismail Borhan, 43, dijalankan di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun pada sebelah petang berikutan masih menerima rawatan di hospital berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post Tujuh lelaki termasuk enam beradik didakwa edar heroin appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved