Lelaki Didakwa Guna AI Dalam Peperiksaan Di Korea Selatan Ditemui Mati, Polis Tolak Unsur Jenayah

20 Nov 2026 • 8:35 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Lelaki Didakwa Guna AI Dalam Peperiksaan Di Korea Selatan Ditemui Mati, Polis Tolak Unsur Jenayah

Lee Jin-woo, lelaki pertama yang memperoleh markah penuh dalam peperiksaan kemasukan sekolah undang-undang Korea Selatan, ditemukan meninggal dunia di sebuah motel di timur Seoul pada Khamis.

Sebelum ini, lelaki berusia 32 tahun itu mencetuskan kontroversi selepas didakwa menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menipu ketika menduduki peperiksaan berkenaan.

Menurut laporan media tempatan, Lee ditemukan selepas gagal menghadiri sesi pengesahan secara langsung yang dijanjikannya bagi menjawab tuduhan tersebut.

Perkhidmatan Forensik Kebangsaan Korea Selatan menjalankan bedah siasat terhadap mayat Lee pada Jumaat dan mendapati tiada unsur jenayah dalam kematiannya, menurut laporan Yonhap.

Untuk rekod, Lee mendapat perhatian ramai selepas menjadi individu pertama memperoleh markah penuh dalam Ujian Kelayakan Pendidikan Undang-Undang (LEET), peperiksaan yang diwajibkan bagi kemasukan ke sekolah undang-undang di Korea Selatan.

Lelaki Didakwa Guna AI Dalam Peperiksaan Di Korea Selatan Ditemui Mati

Image from: Lelaki Didakwa Guna AI Dalam Peperiksaan Di Korea Selatan Ditemui Mati, Polis Tolak Unsur Jenayah
Lee Jin-woo dilihat berada berhampiran sebuah tempat penginapan di daerah Gangdong, timur Seoul, pada pagi 19 November menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Pencapaian itu turut melonjakkan namanya sebagai penulis buku panduan pembelajaran sehingga hasil karyanya mendapat sambutan dan menjadi antara bahan rujukan terlaris.

Bagaimanapun, kejayaannya mula dipersoalkan apabila timbul dakwaan bahawa dia menggunakan kaedah meniru dengan bantuan AI untuk memperoleh keputusan tersebut.

Bagi membuktikan dirinya tidak bersalah, Lee sebelum ini berjanji untuk menduduki ujian Bahasa Korea dalam Peperiksaan Keupayaan Akademik Kolej (CSAT) tahun ini secara langsung di hadapan kamera.

Namun, dia tidak muncul di lokasi yang ditetapkan sehingga pukul 8.40 pagi, iaitu waktu peperiksaan Bahasa Korea bermula.

Dua minit kemudian, polis menerima laporan daripada individu yang bimbang mengenai keselamatan Lee sebelum anggota dihantar ke kediamannya di Sillim-dong, selatan Seoul.

Selepas mendapati Lee tiada di rumah, polis bersama anggota bomba meneruskan pencarian di kawasan Gwangjin dan Songpa.

Baca juga:

Lee akhirnya ditemukan meninggal dunia di sebuah motel di Cheonho-dong, daerah Gangdong, kira-kira pukul 1.12 tengah hari.

Pihak berkuasa turut menemukan sepucuk nota yang dipercayai ditulis Lee dan menyatakan bahawa dia berada dalam keadaan "terlalu letih dari segi fizikal dan mental".

Bagaimanapun, nota tersebut tidak menyebut mengenai dakwaan penipuan peperiksaan atau siasatan yang sedang dijalankan terhadapnya.

Dalam perkembangan berasingan, polis meneruskan siasatan terhadap dakwaan penipuan peperiksaan itu tanpa mengaitkannya dengan siasatan kematian Lee.

Pasukan Penyiasatan Khas Polis Metropolitan Seoul sedang meneliti aduan yang mendakwa Lee melakukan kesalahan menghalang urusan perniagaan dan penipuan.

Penyiasat turut menyiasat kaedah yang dipercayai digunakan Lee ketika peperiksaan serta kemungkinan dia mendapat bantuan daripada individu lain.

Image from: Lelaki Didakwa Guna AI Dalam Peperiksaan Di Korea Selatan Ditemui Mati, Polis Tolak Unsur Jenayah
Polis mengawal kawasan berhampiran Stesen Cheonho di daerah Gangdong, timur Seoul, pada 19 November selepas menemukan Lee Jin-woo.

Mereka juga dijangka mendapatkan kertas jawapan CSAT Lee bagi tahun lalu selepas memohon supaya dokumen tersebut disimpan sebagai bahan bukti.

Menariknya, Lee pernah memperoleh keputusan rendah dalam semua bahagian CSAT ketika pertama kali menduduki peperiksaan itu pada 2013.

Namun, beberapa tahun kemudian, dia mendakwa berjaya menemui kaedah pembelajaran baharu sehingga memperoleh gred tertinggi bagi setiap mata pelajaran dalam peperiksaan tahun lalu.

Keputusan cemerlang itu membolehkannya diterima masuk ke bidang pergigian di Universiti Kebangsaan Seoul (SNU), antara institusi pengajian tinggi paling berprestij di Korea Selatan.

Sebelum itu, Lee turut mendapat tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Politik dan Hubungan Antarabangsa di Universiti Korea berdasarkan keputusan CSAT 2024.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved