
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 21 tahun didakwa memiliki 81.15 gram syabu pada Rabu.
Sheikh Mohammad Hazmi Abdul Malik mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, kepada pertuduhan terhadapnya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sheikh didakwa memiliki dadah itu pada pukul 10.30 malam, 4 Jan tahun ini di sebuah bilik tidur sebuah rumah di Taman Sri Kepayan, di sini.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2)(r) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima tahun dan seumur hidup, serta sekurang-kurangnya 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Mahkamah menetapkan 24 Feb tahun ini untuk sebutan semula sementara menunggu laporan ahli kimia bagi dadah itu, dan ikat jamin tidak ditawarkan kepada Sheikh sementara menunggu pelupusan kesnya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim manakala peguam Farrah Hamdain mewakili Sheikh.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Di mahkamah lain, seorang lelaki meminta dibicarakan bagi tuduhan memiliki 31.71 gram syabu.
Jieromi Fobi membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Marlina Ibrahim, ketika pertuduhan dibacakan kepadanya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dia didakwa memiliki dadah itu pada jam 5 petang 12 Ogos 2024 di kawasan Inanam, dekat sini.
Kes Jieromi akan disebut semula pada 24 Feb tahun ini dan dia diperintahkan direman lanjut kerana pertuduhan terhadapnya tidak mempunyai peruntukan untuk diikat jamin.
Semasa prosiding, Jieromi tidak diwakili dan mahkamah menasihatkan dia menghubungi keluarganya untuk mendapatkan peguam bagi mewakilinya.

