Lelaki didenda RM5,800 pukul, gigit bekas teman wanita

24 Sep 2026 • 4:15 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Lelaki didenda RM5,800 pukul,  gigit bekas teman wanita

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 35 tahun didenda keseluruhan RM5,800 selepas mengaku bersalah mencederakan bekas teman wanitanya dengan memukul dan menggigit selain mengugut untuk membunuh mangsa.

Mohd Aideed Husein membuat pengakuan bersalah terhadap dua pertuduhan berasingan di hadapan dua Majistret Dzul Elmy Yunus dan Marilyn Kelvin.

Bagi pertuduhan pertama, di hadapan Dzul Elmy, Mohd Aideed didenda RM1,800 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap wanita berusia 30 tahun di hadapan sebuah kedai di Lorong Suria Inanam 1 pada 15 September lalu.

Kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Marilyn menjatuhkan hukuman denda RM4,000 atau penjara sembilan bulan jika gagal membayar denda kerana mengeluarkan ugutan bunuh terhadap mangsa di lokasi dan pada hari sama.

Kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah dimaklumkan bahawa pada hari kejadian Mohd Aideed dan mangsa berada di dalam kereta sebelum mereka bertengkar dan tertuduh mengugut untuk membunuh mangsa sekiranya wanita itu mahu memutuskan hubungan mereka.

Selain itu Mohd Aideed turut mencederakan mangsa dengan memukul serta menggigit lengan kanan wanita berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Akaash Singh mengendalikan pendakwaan manakala Mohd Aideed tidak diwakili peguam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved