Remaja didakwa amang seksual kekasih bawah umur dicekup

23 Sep 2026 • 5:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Remaja didakwa amang seksual kekasih bawah umur dicekup

KANGAR – Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes amang seksual membabitkan teman wanitanya yang berusia 16 tahun.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, siasatan mendapati kejadian di Perlis berlaku sekali sahaja iaitu pada 29 Ogos lalu.

“Berdasarkan siasatan, remaja perempuan itu berada di rumah rakannya bersama suspek yang merupakan teman lelakinya sebelum kejadian berlaku kira-kira pukul 1 pagi.

“Remaja itu memaklumkan, kejadian tersebut merupakan kali pertama membabitkan suspek dan berlaku di sebuah rumah di Taman Bukit Kubu, Kuala Perlis,” katanya di sini, hari ini.

Kata beliau, remaja perempuan terbabit kemudian berpindah ke Sungai Korok, Kedah pada 1 September lalu.

“Remaja itu seterusnya membuat laporan di Balai Polis Kuala Perlis, semalam selepas perkara itu diketahui keluarganya. Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati tiada rakaman televisyen litar tertutup,” ujarnya.

Tambahnya, mangsa dijadualkan menjalani pemeriksaan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – KOSMO! ONLINE

The post Remaja didakwa amang seksual kekasih bawah umur dicekup appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved