
KINABATANGAN: Seorang lelaki dikhuatiri dibaham buaya selepas bot membawa kayu belian yang dinaikinya bersama tiga rakan, karam di Kampung Bilit, di sini pada petang Khamis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, PPgB Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.35 petang.
Advertisement“Menurut maklumat daripada waris mangsa, dalam kejadian jam 1 petang tersebut, Maznin Kahar, 40, bersama tiga rakan sekerja menaiki sebuah bot yang membawa muatan kayu belian dari tempat pemunggahan. Ketika dalam perjalanan, secara tiba-tiba bot yang mereka naiki terlanggar suatu objek menyebabkan bot tersebut terbalik dan karam,” katanya.
Tambahnya, tiga rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri ke tebing, manakala mangsa sempat berteriak meminta bantuan kerana merasa dirinya diserang buaya.
SPONSORED CONTENT Ford aims to boost its presence in Sabah, Sarawak The improved ride quality makes the Ranger more comfortable for passengers. Read more Namun, mangsa tidak sempat diselamatkan oleh rakannya.
Sejurus tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat bersama anggota polis dan orang kampung.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Setakat jam 6 petang Khamis, mangsa masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat diteruskan hari ini (Jumaat).



