Misteri Hilang 2 Hari Terbongkar, Mayat Lelaki Ditemui Dibah*m Buaya

Entertainment
27 Dec 2024 • 5:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki dilaporkan hilang selama dua hari sebelum mayatnya ditemui dibaham buaya di sungai Kampung Bilit, Kinabatangan, Sabah.

Menurut laporan Kosmo!, mayat mangsa yang dikenali sebagai Maznin Kahar, 40, ditemukan pada pukul 6 pagi tadi kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa disyaki dibaham.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Penolong Penguasa Bomba Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, mangsa dijumpai oleh orang awam yang juga turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama anggota pasukan keselamatan lain.

image is not available

“Pasukan bomba menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanujut. Selepas memastikan keadaan di lokasi selamat, pihak kami menamatkan operasi pada pukul 9 pagi tadi,” katanya.

Difahamkan, BBP Kinabatangan sebelum ini menerima panggilan mengenai kejadian itu dari Balai Polis Sukau pada pukul 1.35 tengah hari semalam.

Berdasarkan maklumat awal yang diterima, saksi memberitahu bahawa mangsa bersama tiga rakannya yang lain menaiki sebuah bot membawa muatan kayu belian menuju ke tempat pemunggahan.

Bot mangsa kemudianya terlanggar sesuatu objek dan terbalik sebelum karam, rakan mangsa sempat menyelamatkan diri dan berenang ke tebing, namun mangsa hilang dipercayai dibaham buaya.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.