Lelaki Disyaki Mabuk Ceroboh Rumah Ketika Suami Belum Sempat Keluar Bekerja, Penghuni Trauma

6 Jul 2026 • 8:03 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Lelaki Disyaki Mabuk Ceroboh Rumah Ketika Suami Belum Sempat Keluar Bekerja, Penghuni Trauma

KUALA LUMPUR – Seorang wanita melalui detik mencemaskan apabila rumahnya didakwa diceroboh seorang lelaki yang dipercayai mabuk sehingga berjaya memasuki bahagian dapur. Perkongsian kejadian itu menjadi tular di media sosial selepas mangsa mendedahkan situasi cemas yang dialaminya ketika berada di rumah bersama bayi mereka.

Penceroboh Didakwa Terus Masuk Ke Dalam Rumah

Menerusi perkongsian di Threads oleh pemilik akaun @nurshamimi_97, lelaki terbabit didakwa membuka pintu rumah sebelum terus masuk tanpa kebenaran sehingga ke ruang dapur.

Menurut wanita itu, dia segera menjerit memanggil suaminya sebaik menyedari kehadiran individu berkenaan.

Katanya, ketika kejadian berlaku, dia hanya berada di rumah bersama bayi perempuan mereka dan mengakui masih menggigil akibat insiden tersebut.

“Dia bukak pintu terus masuk. Dah masuk sampai kat dapur… Nasib baik aku cepat. Aku jerit kat laki aku. Tu sape….”

Penduduk Tahan Suspek, Polis Datang Ke Lokasi

Wanita itu turut memaklumkan penduduk sekitar berjaya menahan lelaki berkenaan di hadapan rumah sementara menunggu ketibaan polis.

Dalam perkembangan terkini yang dikongsikan, polis telah tiba di lokasi dan membawa lelaki tersebut untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, lelaki itu dipercayai berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian berlaku.

“Polis baru sampai sekarang ni. Dia kena angkut dengan polis dah.. Dia mabuk.. Saya akan update part 2.”

Mangsa Akui Masih Trauma

Dalam ruangan komen, wanita berkenaan berkata dia kini mengalami trauma dan masih terbayang-bayang kejadian tersebut.

Dia turut bersyukur suaminya masih belum sempat keluar bekerja ketika insiden berlaku, menyifatkan ia sebagai satu bentuk perlindungan daripada Allah.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Taman Tun Teja, Rawang, berdasarkan maklum balas yang diberikan mangsa kepada pengguna lain di Threads. – The Malaysian Update


Sokong TMU

Suka membaca TMU? Bantu kami terus menghasilkan berita dan kandungan berkualiti untuk rakyat Malaysia.

Sumbang Kepada TMU

The post Lelaki Disyaki Mabuk Ceroboh Rumah Ketika Suami Belum Sempat Keluar Bekerja, Penghuni Trauma appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved