Lelaki ditahan cuba curi dompet dalam penerbangan Jakarta-Pulau Pinang

17 Sep 2026 • 11:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Lelaki ditahan cuba curi dompet dalam penerbangan Jakarta-Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 17 SEPT: Polis menahan seorang lelaki warga China kerana disyaki cuba mencuri dompet milik seorang penumpang ketika dalam penerbangan dari Jakarta, Indonesia ke Pulau Pinang hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Anuwal Ab Wahab berkata lelaki berusia 55 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) selepas pihak polis menerima laporan daripada seorang lelaki warga Indonesia berusia 36 tahun berhubung kejadian tersebut.

"Semasa penerbangan, lelaki Indonesia itu melihat suspek mengambil beg miliknya dari ruang simpanan di bahagian atas pesawat sebelum membuka beg berkenaan dan mengambil dompetnya.

"Lelaki itu sempat merakam kejadian tersebut sebelum memaklumkannya kepada kru pesawat dan suspek kemudian ditahan bagi membantu siasatan, manakala semua barangan milik mangsa berjaya diperoleh semula serta tiada kehilangan atau kerugian dilaporkan," katanya dalam kenyataan malam ini

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 379 serta Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved