Lelaki ditahan disyaki bunuh ibu

13 Sep 2026 • 9:37 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Lelaki ditahan disyaki bunuh ibu

TAMBUNAN: Seorang wanita berusia 56 tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah sewa di Kampung Katagayan, di sini dengan kecederaan dipercayai akibat senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Keningau, Supt Erwansyah Bin Abdul Nasir berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2 petang Jumaat.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan dipercayai akibat senjata tajam.

“Susulan kejadian itu, polis mengesan seorang lelaki berusia 31 tahun yang merupakan anak kandung mangsa,” katanya, menambah suspek dikesan dan ditahan oleh penduduk kampung di sebuah sulap (pondok) di Kampung Sukung, di sini.

“Suspek kemudiannya dibawa oleh penduduk kampung ke Balai Polis Tambunan menggunakan kenderaan mereka.

“Setibanya di pekarangan Balai Polis Tambunan, tangkapan rasmi terhadap suspek dibuat oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau,” katanya.

Beliau berkata, pasukan penyiasat bersama pasukan forensik turut menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian dan merampas beberapa barang kes yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian.

“Mayat mangsa telah dihantar ke hospital bagi tujuan bedah siasat untuk menentukan punca sebenar kematian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi menentukan motif serta kronologi penuh kejadian.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved