Selisih faham, tekanan selepas bercerai dipercayai punca ibu maut ditikam

12 Sep 2026 • 10:28 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Selisih faham, tekanan selepas bercerai dipercayai punca ibu maut ditikam
Lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian ibunya yang ditemukan mengalami kecederaan di sebuah rumah sewa. Foto hiasan

KENINGAU - Perselisihan faham antara dua beranak serta tekanan selepas bercerai dipercayai menjadi punca seorang wanita ditikam di bahagian perut sebelum dilaporkan maut dalam kejadian di Kampung Katagayan, Tambunan pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Erwansyah Abdul Basir berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 31 tahun dipercayai berdepan tekanan selepas baru bercerai.

"Siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham dan suspek menghadapi tekanan disebabkan baru bercerai.

"Dalam kejadian itu, suspek menggunakan senjata jenis pisau sehingga menyebabkan ibunya cedera di bahagian perut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai punca kejadian dan senjata yang digunakan sehingga mencederakan mangsa berusia 56 tahun yang juga ibu kandung suspek.

Sebelum itu, lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian ibunya yang ditemukan mengalami kecederaan di sebuah rumah sewa.

Polis menerima laporan berhubung kematian wanita itu kira-kira jam 2 petang.

Suspek kemudiannya berjaya ditahan oleh penduduk kampung di sebuah sulap di Kampung Sukung, Tambunan, sebelum dibawa ke Balai Polis Tambunan.

Beberapa barang kes yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian turut dirampas, manakala mayat mangsa dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved