Lelaki ditahan disyaki rogol, amang seksual anak tiri

3 Sep 2026 • 10:29 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lelaki ditahan disyaki rogol, amang seksual anak tiri

BESUT: Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak tirinya di Kampung Raja di sini, semalam. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md. Sani Md. Saleh berkata, tangkapan terhadap lelaki berusia 40 tahun itu dilakukan sebaik sahaja pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pagi semalam. 

“Suspek dipercayai merogol  dan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun iaitu anak tirinya.  Hasil saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek turut didapati positif dadah jenis methamphetamine, ” katanya di sini. 

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. – UTUSAN

The post Lelaki ditahan disyaki rogol, amang seksual anak tiri appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved