Lelaki ugut cederakan isteri di hospital ditahan polis

3 Sep 2026 • 5:11 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Lelaki ugut cederakan isteri di hospital ditahan polis

TAWAU: Seorang lelaki yang disyaki melakukan ugutan jenayah terhadap isterinya, yang sedang bertugas di sebuah hospital di sini, ditahan oleh pihak polis pada Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau Supt Wilynton Enchana Watt berkata siasatan awal menunjukkan suspek yang berumur 39 tahun mendatangi mangsa di tempat kerjanya dan mengugut mahu mencederakan isterinya gara-gara tidak menuruti permintaannya.

“Suspek turut disyaki menghantar pesanan suara menerusi aplikasi WhatsApp yang mengandungi ugutan terhadap keselamatan isterinya sehingga menyebabkan mangsa bimbang dan takut akan keselamatan dirinya.

“Berdasarkan gangguan dan ancaman yang diterimanya dari semasa ke semasa, mendorong mangsa untuk tampil membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan lanjut diambil,” katanya di sini pada Selasa.

Wilynton berkata, berikutan itu pihak Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) bertindak menahan suspek di sebuah bilik sewa di Jalan Dunlop dan merampas sebuah telefon pintar, termasuk kad SIM untuk siasatan.

Mengulas lanjut penahanan dan siasatan terhadap suspek terbabit dijalankan oleh pihak polis mengikut peruntukan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan kes ugutan jenayah.

“Ketika ini kita masih menjalankan siasatan termasuk merakam percakapan suspek, mangsa dan saksi-saksi kejadian selain dalam proses untuk melengkapkan kertas siasatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil ringan dengan ugutan atau ancaman keselamatan yang diterima dan segera membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved